Help | enquiry@shedazzle.com.my
Raya 2025
Raya 2025

 

Kaftan Purnama

Kaftan Purnama, sebuah rekaan yang menggunakan fabrikasi soft cotton linen memancarkan pesona feminin sempurna untuk anda yang ingin tampil anggun dan bergaya di hari lebaran. Lapel kebaya memberikan gaya klasik, mencipta siluet yang kemas pada baju. Butang manik premium yang dijahit dengan teliti memperindah kaftan ini dengan keanggunan yang halus namun memukau. Kemasan yang menghiasi pergelangan tangan, sekitar lapel, dan bahagian bawah kaftan menambahkan elemen moden pada busana ini. Dipadankan bersama pareo butang bercorak petak yang boleh disesuaikan mengikut ukuran pinggang pada bahagian hadapan memberi fleksibiliti, membolehkan si pemakai mengubah gaya mengikut keselesaan.


Harga: RM289

Saiz: FS | PS

Warna:

Berlian | Cengkih | Kayas | Langking | Nilakandi | Tanah

 

Kaftan Embun

Santun serba ringkas, sajak dipakai di pagi Aidilfitri. Busana yang menggunakan material poly cotton bertekstur ini menyatu padukan keselesaan dan keindahan dengan sentuhan perincian yang memikat. Leher bulat yang ringkas dipadankan bersama butang hiasan manik yang memberikan sentuhan kemewahan tanpa melampaui kesederhanaan. Sulaman halus yang menghiasi pergelangan tangan, slit dan bahagian bawah kaftan menambah dimensi pada rekaan ini. Tali pinggang fabrik yang boleh ditanggalkan membolehkan anda menyesuaikan gaya mengikut cita rasa peribadi. Kain pareo berbutang memberikan fleksibiliti dan lengkap dengan pelapik yang memberikan keselesaan yang sempurna. Tambahan lagi, zip opening direka di bahagian belakang bagi memudahkan si pemakai.

Harga: RM289

Saiz: FS | PS

Warna:

Bata | Langking | Sabak | Salju | Zaitun

 

 

 

Kebaya Jasmin

Direka untuk setiap wanita yang ingin tampil ayu dan minimal di hari lebaran. Busana ini menggabungkan elemen klasik dengan gaya moden. Perincian kemasan yang halus pada lengan, bahagian bawah atas, dan bahagian hadapan memberikan sentuhan yang terperinci, menjadikan kebaya ini lebih elegan dan memikat. Kain sarung pareo instant yang praktikal memberikan keselesaan dan fleksibel buat si pemakai. Potongan drapping yang kemas dan rapi memastikan si pemakai sentiasa tampil anggun dengan mudah. Dipadankan bersama fabrik poly velvet dengan pilihan warna yang memukau.

Harga: RM249

Saiz: XS | S | M | L | XL | XXL

Warna:

Cengkih | Dewangga | Gading | Salju

 

 

Kurung Lily
Kurung Lily
, pilihan sempurna untuk anda yang ingin tampil anggun dan elegan. Dihiasi dengan rekaan yang moden tetapi tetap mengekalkan sentuhan tradisional. Sentuhan kemasan lace yang halus pada bahagian leher dan lengan memberikan elemen sofistikasi dan keanggunan yang luar biasa pada rekaan klasik ini. Selain itu, busana ini didatangkan bersama selendang yang sepadan, menambah kesempurnaan pada penampilan. Kain sarung kipas belakang memberikan pergerakan yang lancar. Busana ini menggunakan kombinasi fabrik cotton bertekstur timbul.

Harga: RM269

Saiz: XS | S | M | L | XL | XXL

Warna:

Ceraka | Galuh | Nilangsuka | Perunggu | Salju 

 

Kebarung Kirana


Tampil memukau dan anggun dalam Kebarung Kirana, busana hadir dalam siluet loose, sajak dipakai bagi kelihatan ayu dan sopan. Reka bentuk lapel kebaya di bahagian depan memberikan penampilan yang elegan dan tersusun, menjadikan kebarung ini pilihan utama untuk acara formal atau santai. Setiap butang hiasan yang dijahit dengan teliti menambah sentuhan mewah dan eksklusif, menampakkan penampilan si pemakai yang lebih berkelas. Kemasan bunga mawar yang halus di sepanjang rekaan memberikan keanggunan yang memikat. Gaya disudahi dengan kain potongan lipat batik yang manis dipadankan bersama. Penggunaan fabrik cotton wrinkle juga menghela aura klasik pada helaian ini.

Harga: RM229

Saiz: XS | S | M | L | XL | XXL

Warna:

Layung | Tanah | Zaitun | Cengkih | Luruh | Kalas | Nilakandi | Langking

Kebaya Ratu

Kebaya Ratu – rekaan yang penuh pesona, menyatukan keindahan tradisional dengan elemen moden yang memukau. Lapel kebaya dihiasi dengan perincian kemasan bunga timbul, memberikan sentuhan feminin dan bergaya, menjadikan si pemakai tampil lebih ayu. Butang snap di bahagian hadapan bukan sahaja praktikal tetapi juga memastikan pemakaian yang mudah dan kemas. Kain sarung kipas di bahagian belakang memberi kesan pergerakan yang lancar dan menambah keanggunan pada setiap langkah. Material soft jacquard menjadi pilihan untuk digayakan di pagi raya.

Harga: RM289

Saiz: XS | S | M | L | XL

Warna:

Cengkih | Gading | Kencana | Langking

Kebaya Salima

Kebaya Salima, rekaan yang menggabungkan elemen klasik dan kontemporari untuk mencipta penampilan yang penuh pesona dan elegan. Lapel kebaya yang digayakan di bahagian hadapan melambangkan keanggunan tradisi yang kekal relevan. Potongan bahu puff menambahkan sentuhan dramatik yang feminin dan memberi efek lebih terletak pada badan si pemakai. Hiasan kemasan halus pada pergelangan tangan dan bahagian bawah kebaya memperkemaskan rekaan, menjadikan penampilan lebih terperinci dan menarik. Perincian beralaskan butang pearl juga ditambah sebagai pelengkap gaya busana. Kebaya Salima disertakan dengan selendang yang sepadan, memberikan keseragaman dan kemewahan pada keseluruhan penampilan si pemakai. Ceraian bahagian bawah pula adalah kain potongan lipat batik. Kombinasi bersama fabric textured georgette juga memberi efek flowy pada rekaan.

Harga: RM269

Saiz: XS | S | M | L | XL | XXL

Warna:

Dewangga | Langking | Lazuardi | Sabak

Kurung Chempaka

Gabungan kolar mandarin, sulaman halus, dan skirt lipat batik menghasilkan Kurung Chempaka tampak anggun dan klasik, sesuai untuk wanita yang menghargai keindahan tradisi. Perincian kedutan pada lengan memberikan efek volume yang feminin. Butang hiasan premium yang dijahit dengan penuh teliti menambah kemewahan pada Kurung Chempaka, memberikan penampilan yang lebih eksklusif. Kain sarung dengan potongan lipat batik membawa elemen tradisional dan memberi siluet yang ayu dan memikat. Rekaan ini menggunakan fabrik cotton bersulam tebuk beralaskan lining yang senada

Harga: RM269

Saiz: XS | S | M | L | XL | XXL

Warna:

 Dewangga | Kalas | Kayas | Nilakandi

Kebarung Delima

Busana hadir dalam rekaan loose, sajak dipakai bagi kelihatan ayu dan sopan. Setiap perincian direka dengan teliti untuk memberikan gaya yang memukau. Rekaan lapel pada bahagian hadapan memberikan sentuhan elegan, sesuai untuk setiap majlis. Kain sarung lipat batik yang menawan menambah elemen warisan budaya, dengan lipatan halus yang memberikan tekstur menarik pada helaian ini. Menggunakan fabrik jenis kapas yang direka dengan corak sulaman bunga memukau, kain ini memberikan sentuhan istimewa pada setiap si pemakai.

Harga: RM269

Saiz: XS | S | M | L | XL | XXL

Warna:

 Dewangga | Kalas | Zaitun | Zamrud

Kurung Kaseh

Hadir dalam fabrikasi cotton bersulam, rekaan ini tidak terlalu mengikut bentuk badan supaya kelihatan lebih sopan. Kolar cekak musang yang klasik memberikan gaya yang terperinci dan kemas, menambah kesan sofistikasi pada keseluruhan penampilan. Potongan bahu puff juga memberi efek royal & timeless pada siluet si pemakai. Butang premium yang digunakan menaikkan lagi keserian di pagi raya. Perincian butang loop pada lengan pula memberi sentuhan unik dan menarik, menambahkan elemen moden pada busana tradisional ini. Belahan di kedua-dua sisi baju memberi kebebasan bergerak sambil menambahkan elemen kontemporari. Didatangkan bersama selendang senada bagi menimbulkan efek yang lebih classy.

Harga: RM289

Saiz: XS | S | M | L | XL | XXL

Warna:

Gading | Langking | Tanah