Raya Gaya Primadona

Official Release All Collection : 23 Feb 2024

Help | enquiry@shedazzle.com.my
      Memperkenalkan keluarga Pakcik Ayob! Tahun ni, untuk raya pertama kaklong dah tetapkan untuk pakai warna merah. Macam biasa, kaklong lah yang terpaling beriye dengan rambut pendeknya. Abang ngah pulak, kalau tak sedondon dengan sampin memang tak sah. Konon, nak “different look”, siap spek baru lagi. Yang paling seronok, bila tiba waktu raya Alang lah yang terpaling baik hati. Bukan apa, takut jadi macam tahun lepas habis tudung raya dia terbakar. Sanggup dia iron kan baju untuk semua, punyalah nak gambar raya “perfect”. Haaa! Dalam setiap keluarga, mesti akan ada sorang yang suka melawa. Macam tulah keluarga kami, kalau cakap bab diva "confirm" Acik yang menang. Itulah, dengan cekak rambut merahnya dah macam tiara! Tengoklah tu bila bergambar,"posing" mengalahkan model. Muka "on point" ye tengok kamera. Maklumlah, berangan nak jadi model Majalah Remaja kan. Nak diceritakan pulak, sebelum bergambar ni ada drama air mata tau. Yang paling over Andak dengan Uda. Sebabnya, dua beradik ini lah yang banyak sangat ragam terutama sekali, Uda. Tengok dari gambar pun dah tahu, amboi! siap silang kaki. Andak pulak, nampak je senyum sampai nampak gigi macam tu. Kalau dah kene usik dengan Uda, kecoh satu rumah. "Confirm" kaklong mengamuk. Biasalah, anak lelaki bongsu kan.  

     Begitulah Che-ritera keluarga kami di pagi Syawal. Banyak sangat ragam kalau nak ikutkan perangai masing-masing. Macam mana pun, suasana macam nilah yang menguatkan silaturrahim antara kami adik beradik. Hanya mereka,tempat mencurah kasih sayang. Walaupun keluarga kami kecil tapi sangat sempurna tau. Bak kata orang, harta yang paling berharga adalah keluarga. Bersyukur sangat!

RITA

“Rita si gadis Moden”

Alang memperagakan Busana "Rita"

Ceraian 2 helai - blaus Kurung “high neck” dipadan bersama skirt ruched dibahagian hadapan. Cukup gemalai busana ini, dalam balutan material “Satin Baldu Premium”. Penuh volum kedut di bahagian leher dengan perincian getah di bahagian pinggang “bodice”. Lengan diolah dengan shirred dan disudahi kemasan “ruffle”. Perincian “bow tie” menyuntik unsur “dreamy” di bahagian belakang busana sebagai pelengkap gaya.

Harga: RM 249.00

Hadir dalam Rona:

Arang | Perak | Tanah

MANJA

“Manja Chentaku”

Along memperagakan Busana "Manja"

Busana ini tampil serba ringkas dengan potongan kurung moden polos dipadankan bersama kain pario ikat. Kolar mandarin mengetengahkan elemen kekemasan agar kekal “timeless” dalam potret kenangan abadi.

Material “bubble premium satin” menjadi pilihan dengan tekstur kilat mewah lagi bersih cukup menggamit pandangan.

Perincian “ruched” pada bahagian lengan memberi efek moden kepada si pemakai.

Harga: RM 229.00

Hadir dalam Rona:

Jasper | Topaz | Rubi | Nilam | Jed

Arjuna
“Tampan, bak Arjuna”

Amat meriah riang gembira,
Terlihat tampan dipagi Raya,
Tersenyum riang sanak saudara,
Pakai Arjuna barulah Raya.

Baju Melayu pastinya tidak dapat dipisahkan dari kalangan masyarakat Melayu. Apabila tibanya Syawal, sudah semestinya Baju Melayu menjadi pilihan utama buat para jejaka. Lehernya, dihiasi dengan kolar jenis cekak musang agar si pemakai kelihatan lebih kemas. Potongan baju jenis “slim fit” menampakkan si jejaka lebih segak dan bergaya di pagi Syawal. Lihat sekali sudah pastinya buat si gadis terpana!

Harga: RM 149.00

Hadir dalam Rona:

Delima | Gading | Kalas | Kundang | Langking | Nilam | Tanah | Zaitun | Zamrud 



ANGGUN

“Anggun selalu di hati”

Alang memperagakan Busana "Anggun"

Kaftan Kurung dengan siluet polos disudahi sulaman biku sudah cukup membuat si pemakai tampil klasik. Santun serba ringkas, manis dipakai kala Syawal. Lari dari kebiasaan, potongan juga diolah asimetri bagi menimbulkan keunikkan busana. “Ribbon tie” dibahagian kiri hadapan menyerlahkan lagi keanggunan seiring dengan trend terkini. Dipadukan bersama skirt pario ikat, agar tampak lebih anggun, bilamana ada pergerakan oleh pemakainya.

Harga: RM 249.00

Hadir dalam Rona:

Malam | Suci | Salju | Nilakandi | Langit | Kesumba | Gangsa | Tanah

 

MAYA

“Wahai Maya, idamanku”

Acik memperagakan Busana "Maya"

Potongan kurung yang dihasilkan ini, tidak terlalu mengikut bentuk badan supaya kelihatan lebih sopan. Akan tetapi, ia didatangkan bersama tali agar si pemakai kelihatan lebih ramping dan bergaya.

Tidak perlu sarat perincian, fabrik embossed halus yang bermotifkan jalur petak memenuhi helaian ini. Dipadankan juga bersama kain butang pario “matte satin” bagi menaikkan lagi seri si pemakai.

Harga: RM 219.00

Hadir dalam Rona:

Malam | Kalas | Tanah | Nilam | Kapas

 
 

 

JACHINTA

“Menawan bak Jachinta”

Along memperagakan Busana "Jachinta"

Seindah namanya, Jachinta direka untuk si pemakai merasa lebih berkeyakinan saat tampil menggayakan busana ini di pagi Syawal. Dilengkapi dengan tali pinggang “pearl buckle” bagi menaikkan lagi seri figura. Dipadankan dengan skirt potongan duyung yang mampu mencipta ilusi tinggi dan ramping.

Susunan lipatan di bahagian bahu busana pula, menghasilkan perincian yang senada agar tampak lebih mewah.

Hadir dalam Rona:

Langking | Tanah | Cengkih | Kencana

DEWI

“Dialah Dewiku”

Alang memperagakan Busana "Dewi"

Ceraian 2 helai – Baju kurung berpotongan asimetri, dipadankan bersama skirt duyung tampak elegant dan menawan untuk dipakai semasa beraya. Menggunakan fabrik Chiffon yang bertekstur halus sebagai penyeri gaya. Dengan perincian “puffed” di bahagian bahu memberi mood eksklusif pada si pemakai. Tidak cukup dengan itu, perletakan getah dibahagian lengan sekadar cukup memaniskan busana si pemakai agar tampak lebih feminine dan bergaya.

Harga: RM 229.00

Hadir dalam Rona:

Langking | Dewangga | Nilakandi | Zaitun | Layung

RATNA

“Kau Ratnaku dulu, kini dan selamanya”

Acik memperagakan Busana"Ratna"

Diambil dari Bahasa sanskrit “Ratna” membawa maksud seorang puteri yang cantik.

Busana ini dihadirkan dengan tali bagi menyuntik elemen kekemasan di bahagian hadapan. Tidak cukup dengan itu, fabrik satin baldu juga dipilih bagi menghela aura mewah pada helaian polos ini.

Santun serba ringkas, sajak dipakai kala Syawal. Lari dari kebiasaan; tidak terlalu sarat bermanikam dan perincian cukup memaniskan si pemakai.

Harga: RM 209.00

Hadir dalam Rona:

Biram | Kalas | Gading | Hartal | Perunggu | Berlian



DINDA

“Aduhai dinda ku sayang"

Andak memperagakan Busana "Dinda"

Tidak ramai yang mempunyai citarasa yang sederhana. Mahu kelihatan dramatik, tetapi tidak keterlaluan. Dambakan perincina yang halus, tetapi tidak juga terlalu berselerakan. Rekaan busana ini masih berkonsepkan moden namun tetap kelihatan ayu apabila memperagakannya.

Bahagian “bodice” berpotongan kurung moden, dibalas kembali dengan skirt “pario ikat” polos agar tampil berbeza.

Perincian pada fabrik yang menggunakan motif berpetak-petak memenuhi ruang mengisi kekosongan tanpa perlu sarat berhias. Rekaan yang minimal, namun masih terselit keanggunan si pemakai.

 

Harga: RM 229.00

Hadir dalam Rona:

Arang | Kundang | Kalas | Nilam | Zamrud | Delima | Ceraka

JUWITA

“Jelita hanya untuk Juwita”

Along memperagakan Busana "Juwita"

Gaya tradisional yang dikombinasikan dengan sentuhan moden? Why not!

Sulaman biku yang menghiasi ‘bodice’ bagi mengekalkan sentuhan klasik pada busana. Lengan diolah dengan potongan ‘batwing’ serta dihiasi dengan “ribbon tie” yang melingkari pinggang si pemakai agar tampak lebih bergaya.

Dipadankan bersama skirt pario beralun di pinggang yang membuatkan kerlingan mata-mata saudara terpaku. “Oh my! If only I could wear that too!”

Harga: RM 229.00

Hadir dalam Rona:

Tanah | Kalas | Nilakandi | Kecubung | Galuh | Cempaka

PUTERI

“Oh Puteriku, kau lah yang satu”.

Andak memperagakan Busana "Puteri"

Potongan kurung moden hadir dalam olahan “puffed sleeves”,yang mengetengahkan unsur mewah dalam busana ini. Dengan fabrikasi chiffon yang bertekstur, agar tampak lebih manis dan mempersona seiring dengan namanya, Puteri.

Perincian beralaskan “Pearl button” juga ditambah sebagai pelengkap gaya si pemakai. Dipadankan bersama kain kipas depan yang cukup menggamit pandangan di pagi Syawal.

Harga: RM 229.00

Hadir dalam Rona:

Malam | Sakura | Delima | Nilam | Kapas | Salju