ISSADORA
Issadora direka menggunakan fabrikasi tencel embroidered bersulam penuh, menawarkan tekstur lembut dan rasa eksklusif. Fabrik yang ringan tetapi berlapik ini memberikan keselesaan sepanjang hari, menjadikannya pilihan ideal untuk Raya yang sopan, feminin dan elegan. Rekaan ini diperkemaskan dengan lengan puff & pleat, memberi efek royal dan imbangan indah pada siluet keseluruhan. Potongan skirt berlipat dan susunan pleats di bahagian center front pula mencipta pergerakan yang anggun & unik serta memberi ilusi siluet yang lebih teratur. Sebagai sentuhan akhir, butang manik putih berbentuk bunga di bahagian hadapan menjadi aksen manis yang menyerlahkan kehalusan rekaan. Perincian trims di seluruh busana juga memberikan efek kekemasan.
Harga: RM
Hadir dalam Empat Rona:
- Ivory
- Butter Yellow
- Salmon Pink
- Slate Blue
Beserta Lima size berbeza:
Fabrik pilihan:
TENCEL EMBROIDERY
ISLA
Hadir dalam fabrikasi gabungan embroidered soft net & tencel, rekaan ini tidak terlalu mengikut bentuk badan supaya kelihatan lebih sopan. Rekaan kurung moden ini berinspirasikan potongan kurung riau. Fabrik ceraian bahagian atas menghasilkan efek flowy dan jatuh. Fabrik yang mewah dan selesa ini direka khas untuk gaya raya eksklusif. Rekaan ini turut menampilkan butang biji mutiara dan dekoratif berwarna emas pada keseluruhan ceraian atas memberi kesan anggun pada busana. Dipadankan bersama kain kipas belakang, ia melengkapkan lagi citra kemelayuan buat si pemakai.
Harga: RM
Hadir dalam Enam Rona:
- Ivory
- Rich Brown
- Dark Blue
- Olive Green
- Dark Purple
- Teal Green
Beserta Lima size berbeza:
Fabrik pilihan:
EMBROIDERY SOFT NET & TENCEL EMBROIDERED

NEVARA
Nevara — gabungan keanggunan dengan sentuhan moden yang memukau. Hadir dalam fabrikasi jacquard bercorak floral, ia direka khas buat si pemakai yang mementingkan imej eksklusif dan kemas. Potongan kurung moden berpesak ini memberikan efek langsing dan terletak sempurna pada tubuh. Perincian puff & flounce sleeve turut menyuntik elemen royal mood pada busana ini, manakala kemasan renda halus pada hujung lengan dan baju menambah sentuhan feminin yang manis. Dipadankan dengan kain kipas belakang yang senada, Nevara hadir dalam lima pilihan warna menawan untuk gaya anggun di pagi raya.
Harga: RM
Hadir dalam Lima Rona:
- Champagne
- Misty Rose
- Pastel Turquoise
- Light Teal
- Black Gold
Beserta Enam size berbeza:
Fabrik pilihan:
JACQUARD

NYSSA
Nyssa adalah sebuah rekaan gabungan kebaya labuh dan dress feminin yang diperbuat daripada fabrik gauze embroidered & chiffon bercorak abstrak, memberikan tekstur halus dan padanan eksklusif. Perincian butang mutiara dan loop di bahagian hadapan menyerlahkan elemen keanggunan, manakala potongan dress yang kemas memastikan keselesaan sepanjang hari. Dress dilengkapi dengan godet di bahagian belakang bagi memberikan kebebasan bergerak & invisible zip di bahagian lengan juga menjadikan busana ini wuduk friendly. Rekaan ini sangat sesuai bagi yang menggemari gaya raya yang ringkas, lembut dan penuh pesona.
Harga: RM
Hadir dalam Tiga Rona:
- Flamingo Pink
- Sage Green
- Peachy Orange
Beserta Lima size berbeza:
Fabrik pilihan:
EMBROIDERED GAUZE & PRINTED CHIFFON

FLEUR
Menggunakan fabrik jacquard printed organdy yang lembut, Fleur memberikan keselesaan maksimum serta jatuhan yang cantik. Hadir dengan cetakan floral yang halus dan potongan moden, busana ini membiaskan aura anggun serta feminin yang tidak lapuk dek zaman. Bahagian pinggang dihiasai dengan jerutan halus yang berfungsi untuk menyerlahkan bentuk badan sekali gus memberi ilusi pinggang yang lebih ramping. Perincian trimmimg mutiara pula digunakan sebagai elemen hiasan yang menambah sentuhan mewah dan elegen, menjadikan rekaan ini sesuai untuk majlis formal mahupun separa formal. Rekaan ini dipadankan dengan skirt potongan duyung untuk menambah pergerakan dan efek dramatik ketika melangkah.
Harga: RM
Hadir dalam Empat Rona:
- Salmon Pink
- Butter Yellow
- Sky Blue
- Lavender Purple
Beserta Lima size berbeza:
Fabrik pilihan:
JACQUARD PRINTED ORGANDY

LEYA
Leya adalah rekaan kurung moden pendek ala kaftan yang menggunakan fabrik printed georgette. Sifat fabriknya yang ringan dan bertekstur menghasilkan siluet beralun yang membiaskan aura feminin buat si pemakai. Rekaan leher berbentuk V dihiasi perincian renda halus bagi menyerlahkan keunikan busana, manakala bahagian hadapan baju diserikan dengan butang bunga manik premium untuk impak yang lebih eksklusif. Menariknya, Leya direka dengan potongan labuh di bahagian sisi kiri dan kanan bagi memberikan kesan dramatik. Dengan potongan loose yang menjamin keselesaan, busana ini adalah pilihan sempurna untuk digayakan sepanjang hari raya mahupun ke majlis rumah terbuka.
Harga: RM
Hadir dalam Tiga Rona:
- Blush Petal
- Mauve Whisper
- Honey Bloom
Beserta Enam size berbeza:
Fabrik pilihan:
EMBROIDERED GEORGETTE

FAYRE
Kurung Fayre, rekaan yang memancarkan pesona feminin dengan elemen moden menjadikan penampilan lebih berseri. Direka menggunakan kombinasi fabrik embroidered soft net di bahagian luar busana & cotton bercorak bunga sebagai lining memberikan efek yang unik apabila digayakan. Perincian trims pada bahagian leher & hujung baju menambah elemen eksklusif. Potongan yang kemas dan seimbang menjadikan Fayre sesuai untuk pelbagai bentuk badan, ideal untuk Raya yang anggun dan effortless. Bahagian skirt pula direka dengan dua pleats di bahagian hadapan, sebelah kiri dan kanan, yang meberikan ruang lebih untuk pergerakan serta menambah dimensi dan struktur pada siluet skirt.
Harga: RM
Hadir dalam Empat Rona:
- Sky Violet
- Daphne Butter
- Sunset Coral
- Sunrise Peach
Beserta Lima size berbeza:
Fabrik pilihan:
EMBROIDERY SOFT NET & PRINTTED COTTON
DIANNE
Dianne — dress bercorak yang dipadankan dengan outerwear kebaya labuh yang diperbuat daripada lace soft net. Fabrik premium matte satin yang berlapik lining penuh memberikan pergerakan lembut dan jatuhan anggun. Manakala perincian butang mutiara ala cheongsam pada bahagian outerwear menambah keunikan dan potongan kemas menyerlahkan siluet feminin, menjadikan dress ini sesuai untuk lebaran yang lebih eksklusif. Tambahan lagi, perincian renda halus pada bahagian lengan, center front dan hujung baju menjadikan look ini lebih lengkap. Gabungan rekaan ini mencipta keseimbangan antara keanggunan moden dan pesona tradisional.
Harga: RM
Hadir dalam Tiga Rona:
- Dusty Blue
- Light Mauve
- Lime Green
Beserta Lima size berbeza:
Fabrik pilihan:
EMBROIDERY SOFT NET & MATTE PREMIUM SATIN
DAVINA
Menampilkan potongan kurung pesak moden berleher bulat yang dipadankan bersama hiasan manik perincian mutiara. Ditambah lagi dengan butang riben hiasan di bahagian hadapan yang menjadi fokus utama rekaan ini. Davina memancarkan aura feminin yang elegan dan eksklusif dengan kombinasi fabrik tencel embroidered & embroidered cotton gauze. Corak sulaman yang halus memberi tekstur mewah tanpa kelihatan berlebihan. Kemasan sulaman biku pada hujung baju dan lengan menyempurnakan keseluruhan siluet. Busana ini juga didatangkan bersama selendang bersulam senada bagi menimbulkan efek yang lebih classy di hari lebaran.
Harga: RM
Hadir dalam Enam Rona:
- Light Cream
- Celery Green
- Ash Blue
- Lilac Purple
- Dark Maroon
- Mahogany
Beserta Enam size berbeza:
Fabrik pilihan:
TENCEL EMBROIDERED & EMBROIDERED COTTON GAUZE


ROSARIE
Rosarie menampilkan gaya kurung moden yang diperbuat daripada tencel embroidery bercorak bunga timbul yang ringan dan lembut. Fabrik ini memberikan impak rasa sejuk dan selesa buat si pemakai. Rekaan di bahagian leher yang diinspirasi daripada South Asian Attire memperindahkan lagi busana ini, ditambah pula dengan elemen perincian brooch bunga berwarna emas. Renda halus di sekeliling kolar & slit hadapan melengkapkan rekaan klasik—moden dengan sentuhan feminin dan kemas. Potongan bahu puff memberi efek timeless & penambahan flounce sleeve menaikkan lagi seri rekaan. Kurung moden ini juga disertakan dengan selendang bahu yang senada sebagai pelengkap gaya yang sempurna.
Harga: RM
Hadir dalam Lima Rona:
- Slate Grey
- Teal Blue
- Emerald Green
- Magenta
- Dark Maroon
Beserta Lima size berbeza:
Fabrik pilihan:
TENCEL EMBROIDERY
 EDLYN
Busana ini menampilkan keindahan kurung moden pendek yang diolah dengan fabrik cotton polyester bercetak floral dalam tona pastel lembut yang menenangkan. Tekstur fabrik yang ringan dan bernafas memberikan keselesaan optimum sepanjang hari, manakala padanan renda yang sekata menyerlahkan keanggunan feminine si pemakai. Rekaan berkolar mandarin dengan butang mutiara hiasan ini diperkemaskan lagi dengan perincian scallop pada labuh baju dan hujung lengan. Gaya disudahi dengan potongan kain kipas di bahagian hadapan yang mencipta siluet sopan dan anggun—sempurna untuk menyambut Raya dengan penuh gaya dan kelembutan.
Harga: RM
Hadir dalam Tiga Rona:
- Blush Pink
- Baby Blue
- Lavender Purple
Beserta Enam size berbeza:
Fabrik pilihan:
PRINTED TEXTURED COTTON

ELAINA
Diperbuat daripada fabrik embroidered gauze yang ringan tetapi berstruktur, Elaina direka khas dengan potongan princess line dan lipatan kipas pada bahagian lengan bagi menyerlahkan siluet kemas dan anggun. Fabrik ini memastikan bentuk kurung kekal terletak dan tampak eksklusif, manakala perincian renda bertindih memberikan kemasan sempurna pada keseluruhan rekaan. Hiasan butang mutiara pada bahagian hadapan dan lengan turut menyuntik sentuhan mewah. Busana ini dipadankan dengan kain kipas hadapan daripada fabrik premium satin yang memberikan kombinasi tekstur yang cukup menawan.
Harga: RM
Hadir dalam Empat Rona:
- Pearl Ivory
- Dusty Rose
- Aqua Mist
- Black Mocha
Beserta Lima size berbeza:
Fabrik pilihan:
EMBROIDERED GAUZE

ARISSA
Arissa — sebuah rekaan kebaya pendek yang diolah semula potongannya menggunakan fabrik embroidered organza, menampilkan corak sulaman yang lembut dan feminin. Lapel kebaya yang digayakan di bahagian hadapan melambangkan keanggunan tradisi yang kekal relevan, namun diberi sedikit kontemporari twist. Rekaan yang simple & loose ini digabungkan dengan potongan leher V dhiasi dengan perincian butang berbentuk bunga berantai dan lengan kembang, menghasilkan siluet yang anggun dan mempesona. Bahagian belakang busana juga direka dengan yoke & inverted pleats bagi menambah keselesaan. Dipadankan bersama kain kipas belakang, rekaan ini sesuai untuk yang menghargai keindahan tradisi dengan sentuhan moden yang elegan.
Harga: RM
Hadir dalam Empat Rona:
- Powder Blue
- Teal Blue
- Dark Blue
- Burgundy
Beserta Lima size berbeza:
Fabrik pilihan:
EMBROIDERED ORGANZA
ELVYRA
Tampil menawan dengan Kurung Elvyra, sebuah rekaan yang memadukan keindahan tradisi dengan gaya moden. Diperbuat daripada printed viscose yang lembut, sejuk dan flowy, Elvyra menampilkan cetakan floral eksklusif yang memberi jatuhan indah pada setiap pergerakan. Perincian pleated di bahagian leher dan lengan menambah sentuhan halus dan feminin, dipadankan dengan butang hiasan di bahagian hadapan sebagai aksen lembut. Ditambah lagi dengan perincian flower trims pada bahagian lengan, bawah leher dan slit baju yang menjadikan busana ini kelihatan lebih menawan. Didatangkan bersama selendang bercetak floral senada bagi menimbulkan efek yang classy. Rekaan ini dipadankan bersama kain kipas belakang bagi menambahkan lagi keayuan si pemakai.
Harga: RM
Hadir dalam Tiga Rona:
- Blush Matcha
- Lemon Mist
- Peachy Cloud
Beserta Enam size berbeza:
Fabrik pilihan:
PRINTED VISCOSE
ISABELLE
Isabelle — pilihan tepat untuk wanita yang ingin tampil elegan dengan sentuhan moden yang penuh pesona. Busana ini dihasilkan menggunakan fabrik textured organdy, memberikan keseimbangan antara struktur dan keselesaan. Fabrik yang sedikit bertekstur ini membantu mengekalkan bentuk kurung agar sentiasa kemas, manakala high collar dan perincian butang bunga hiasan mencipta sentuhan yang eksklusif. Efek pleats pada bahagian lengan dan bawah kain memberikan tekstur yang menarik dan kesan dramatik.
Harga: RM
Hadir dalam Lima Rona:
- Shadow Blue
- Smokey Green
- Emerald Purple
- Dark Mahogany
- Charcoal Black
Beserta Enam size berbeza:
Fabrik pilihan:
TEXTURED ORGANDY
 BELLOVA
Busana hadir dalam potongan kurung Pahang dilengkapi kekek dan pesak, sajak dipakai bagi kelihatan ayu dan sopan. Setiap perincian direka dengan teliti bagi memberikan gaya yang memukau. Diperbuat daripada jacquard printed organdy yang selesa dan terletak, Bellova menawarkan keselesaan premium dengan gabungan siluet tradisional dan sentuhan moden. Potongan kolar cekak musang ditambah butang kilauan zirkonia yang menambah lagi keanggunan rekaan ini. Kain sarung dengan potongan kipas belakang melengkapkan elemen tradisional dan memberi efek yang memikat. Didatangkan bersama selendang bahu organdy bagi menaikkan lagi seri si pemakai.
Harga: RM389
Hadir dalam Empat Rona:
- Golden Brown
- Teal Blue
- Fern Green
- Light Saddle
Beserta Enam size berbeza:
Fabrik pilihan:
JACQUARD PRINTED ORGANDY

HELIA
Tampil memukau dan anggun dalam kurung moden Helia, busana hadir dalam siluet loose, sajak dipakai bagi kelihatan ayu dan sopan. Diperbuat daripada fabrik jacquard floral organdy yang berlapik penuh, busana ini menampilkan potongan kolar mandarin yang kemas dan elegan. Keanggunannya diserlahkan lagi dengan hiasan kerongsang manik yang menawan pada bahagian leher sebagai pelengkap gaya. Keunikan busana ini dapat dilihat melalui kombinasi fabrik berlainan. Selain itu, rekaan ini juga dilengkapi beberapa lapisan kemasan yang menarik dan dinamik. Penggunaan fabrik yang lembut dan ringan, sesuai untuk mereka yang menggemari gaya minimal, namun tetap mahu tampil kemas dan elegan di pagi Raya.
Harga: RM389
Hadir dalam Empat Rona:
- Greyish Blue
- Olive Green
- Coffee Brown
- Black
Beserta Enam size berbeza:
Fabrik pilihan:
JACQUARD PRINTED ORGANDY

MERSHA
Mersha direka khas menggunakan fabrik textured organdy bercorak bunga besar yang ringan dan sedikit sheer, menghasilkan siluet yang lembut dan feminin. Busana ini memberikan efek flowy yang cantik apabila digayakan. Ia dipadankan bersama pario instant plain bertekstur memberikan padanan yang selesa dan sempurna. Gabungan kolar mandarin & butang manik sedondon juga menaikkan lagi seri si pemakai. Tambahan lagi, potongan bahu puff & lengan ruffle juga memberi efek royal & timeless. Perincian renda halus di bahagian hujung lengan dan baju melengkapkan keunikan rekaan ini.
Harga: RM329
Hadir dalam Tiga Rona:
- Golden Midnight
- Mauve Violet
- Rustic Moss
Beserta Enam size berbeza:
Fabrik pilihan:
TEXTURED ORGANDY
|