Cyber Week Sales

22-27 April 2024

Help | enquiry@shedazzle.com.my
Raya 2024
 SAADIAH KAFTAN

Tampil klasik dalam persalinan kurung kaftan yang diberi nafas baru diinspirasikan dari rekaan kimono. Untuk ceraian atas, potongan diolah unik lain dari kebiasaan. Selain diserikan dengan butang baju premium, busana ini juga dihadirkan dengan tali bagi menyuntik elemen kekemasan pada rekaan. Penggunaan fabrik bertekstur bersama perincian sulam juga menghela aura klasik melayu pada helaian ini. Dipadankan bersama ‘pareo button’ yang berinspirasikan kain lipat batik mampu menyerlahkan lagi keayuan si pemakai.

Harga: RM329.00

Hadir dalam Enam Rona:

  • Malam
  • Nilakandi
  • Tanah
  • Pucuk Pisang
  • Gandaria
  • Salju

Hanya Satu size:

  • Free Size
NORMADIAH KURUNG

Ceraian dua helai – rekaan ini tampil serba ringkas dengan potongan kurung moden polos dipadankan bersama ‘button pareo’ satin. Fabrik ‘chiffon’ bercorak petak menjadi pilihan untuk bahagian ‘bodice’ bagi menambah keserian si pemakai di pagi raya. Perincian busana ditambah dengan butang batu premium di bahagian hadapan sebagai aksesori. Sangat sesuai digayakan bersama selendang senada bagi menimbulkan efek lebih ‘classy’.

Harga : RM229.00

Hadir dalam Tiga Rona:

  • Pinang
  • Lumut
  • Gading

Hanya Satu size:

  • Free Size

 

JULIA KURUNG

Busana ini hadir dalam olahan ‘puff shoulder & bishop sleeves’ organdi bagi menimbulkan keunikan persalinan. Potongan kurung moden ini cantik terletak di atas badan dan masih mengekalkan keayuan si pemakai. Hiasan kristal dibahagian ‘bodice’ menambah ‘maximalism’ dalam perincian. Dipadankan juga bersama kain kipas hadapan yang cukup menggamit pandangan di pagi Syawal.

Harga: RM269.00

Hadir dalam Lima Rona:

  • Ceraka
  • Salju
  • Malam
  • Nilakandi
  • Berlian

Beserta Lima size berbeza:

  • XS | S | M | L | XL
ROSE YATIMAH KURUNG

Gaya ini diinspirasi dari potongan ‘western’ terutama di bahagian leher. Leher berpotongan petak ini menzahirkan elemen ‘timeless & sophisticated’ dalam rekaan. Perincian susunan ‘pleat’ di bahagian belakang busana menambahkan lagi kelainan. ‘Pearl button’ yang menghiasi persalinan ini kelihatan menawan digandingkan bersama fabrikasi ‘soft brocade’. Kain siluet duyung sangat manis digayakan dinihari.

Harga: RM229.00

Hadir dalam Empat Rona:

  • Sakura
  • Langking
  • Layung
  • Pucuk

Beserta Lima size berbeza:

  • XS | S | M | L | XL
SOFEA KURUNG

Santun serba ringkas, sajak dipakai kala Syawal. Potongan busana ini kelihatan lebih ‘young & trendy’ dinihari. Material ‘cotton embroidery’ beralaskan ‘lining’ yang bercorak ringkas sesuai digayakan oleh si pemakai yang menginginkan gaya minimal tetapi premium. Ceraian bahagian bawah pula berpotongan pensel dan sususan kipas di bahagian belakang.

Harga: RM269.00

Menawarkan Dua pilihan warna:

  • Luruh
  • Salju

Beserta Empat size berbeza:

  • S | M | L | XL
MARIA KURUNG

Menceduk inspirasi dari potongan kebaya, maka terzahirlah gaya ini. Busana hadir dalam siluet ‘loose’, sajak dipakai bagi kelihatan ayu dan sopan. Untuk ceraian atas, lapel dialas dengan perincian kerongsang untuk menambah keseriaan rekaan. Persalinan ini lebih ‘timeless’ dan tidak lekang ditelan zaman. Gaya disudahi dengan kain potongan duyung yang manis dipadankan bersama.

Harga: RM299.00

Menawarkan Empat pilihan warna:

  • Biram
  • Lazuardi
  • Perunggu
  • Gading

Beserta Lima size berbeza:

  • XS | S | M | L | XL
DAYANG KURUNG

Potongan kurung yang dihasilkan tidak terlalu mengikut bentuk badan supaya kelihatan sopan. Tidak perlu sarat perincian, fabrik ‘lace’ sudah memenuhi bahagian bahu dan lengan sebelah kanan sebagai penambah gaya. Kombinasi bersama fabrik ‘premium matte satin’ memberi efek ‘flowy’ pada rekaan. Dipadankan bersama kain potongan duyung untuk efek minimal dan tinggi. Tambahan lagi, busana ini juga membawa mood ‘royal’ kepada si pemakai di pagi raya.

Harga: RM229.00

Menawarkan Empat pilihan warna:

  • Salju
  • Dewangga
  • Nilakandi
  • Arang

Beserta Lima size berbeza:

  • XS | S | M | L | XL
 
LATIFAH KURUNG

Tertawan jiwa tatkala menatap busana ini. Balutan kurung moden pendek dalam fabrikasi ‘brocade’ dipadankan senada dengan ceraian bawah. Perincian ‘high neck’ menambah elemen kekemasan pada rekaan. Tambahan lagi, poket di bahagian ‘bodice’ menyerlahkan lagi keunikan seiring dengan ‘trend’ terkini serta kelihatan lebih kasual. Busana dipadankan bersama kain berpotongan duyung dengan susunan kipas di bahagian kiri dan kanan.

Harga: RM249.00

Menawarkan Empat pilihan warna:

  • Gandaria
  • Pucuk Pisang
  • Kirmizi
  • Salju

Beserta Lima size berbeza:

  • XS | S | M | L | XL
NASHA KURUNG

Rekaan busana ini masih berkonsepkan moden, namun tetap kelihatan klasik apabila memperagakannya. Bahagian ‘bodice’ berpotongan ‘batwing’, dibalas kembali dengan kain ‘pareo’ ikat berfabrik linen agar tampil berbeza. Perincian pada fabrik ceraian di bahagian atas yang menggunakan motif berpetak-petak memenuhi ruang tanpa perlu sarat berhias. Diselitkan juga dengan sedikit elemen barat, kolar ‘peter pan’ menambahkan lagi keunikan pada persalinan ini. Sulaman biku dibahagian bawah baju, hujung lengan dan kain cukup membuat si pemakai kelihatan ayu.

Harga: RM249.00

Menawarkan Tiga pilihan warna:

  • Kencana
  • Ceraka
  • Luruh

Beserta Dua size berbeza:

  • S/M | L/XL
SALOMA KAFTAN

Busana ini tampil memecah stereotaip dalam helaian kurung yang berbeza potongan kiri dan kanan. Leher diolah dalam versi ‘high neck’ dipadankan dengan material ‘chiffon textured’ yang ‘flowy’ bagi memberikan keselesaan kepada si pemakai. Bahagian bahu kiri disulam senada bagi menzahirkan ilusi “selendang di bahu”. Dipadankan bersama ‘pareo’ ikat berfabrik satin agar tampak lebih manis dan minimal. Rekaan ini juga didatangkan dengan ‘detachable belt’ dan ‘invisible hole’ dicelah sulaman. Semestinya si pemakai akan kelihatan unik dan berbeza dari yang lain.

Net: RM249.00

Menawarkan Sembilan pilihan warna:

  • Zamrud
  • Luruh
  • Dewangga
  • Ceraka
  • Kayas
  • Pucuk Pisang
  • Gading
  • Nilakandi

Hanya Satu size:

  • Free Size
RAMONA KURUNG

Mahu kelihatan dramatik tetapi tidak keterlaluan,busana ini masih berkonsepkan moden namun tetap kelihatan ayu apabila memperagakannya. Bahagian ‘bodice’ diperincikan dengan ‘bow statement’ sebagai pelengkap gaya. Kombinasi fabrik shantung dan ‘printed poly satin’ menaikkan lagi seri rekaan agar tampak lebih berbeza. Kain berpotongan ‘pareo’ didatangkan dengan pilihan corak yang berlainan mampu menggamit pandangan sesiapa saja yang memandangnya.

Harga: RM269.00

Menawarkan Tujuh pilihan warna:

  • Langsat
  • Kalas
  • Kundang
  • Kayas
  • Salju
  • Tanah
  • Arang

Beserta Dua size berbeza:

  • S/M | L/XL
DIAN KURUNG

Diinspirasikan daripada potongan ‘western’ namun masih mengekalkan unsur kemelayuan dinihari. Persalinan ala kebaya ceraian dua helai ini sajak digayakan bagi sesiapa sahaja yang mendambakan ‘extra royal look’. Perincian beralaskan butang ‘pearl’ juga ditambah sebagai pelengkap gaya busana. Perincian ini menggunakan sepenuhnya fabrik ‘shantung’ bagi melahirkan efek kemas dan terletak pada badan si pemakai. Bahagian lengan diolah ala ‘bishop sleeve’ bagi kelihatan lebih dramatik.

Harga: RM289.00

Menawarkan Enam pilihan warna:

  • Sakura
  • Hartal
  • Kalas
  • Sabak
  • Langit
  • Pucuk

Beserta Lima size berbeza:

  • XS | S | M | L | XL
SARIMAH KAFTAN

Potongan kaftan polos dan ‘loose’ ini sangat sesuai digayakan oleh sesiapa saja, tidak kira bentuk badan. Didatangkan sekali dengan ‘detachable belt’ sebagai penambah rasa dalam rekaan di samping mengekalkan ‘signature’ jenama ini. Busana ini tampak minimal dan klasik dipadankan bersama kain ‘pareo’ ikat berfabrik satin. Bahagian ‘bodice’ menggunakan material ‘chiffon textured’ dan dihiasi dengan sulaman biku sebagai pelengkap gaya.

Harga: RM269.00

Menawarkan Sembilan pilihan warna:

  • Gading
  • Awan
  • Gandaria
  • Nilangsuka
  • Langking
  • Cengkih
  • Biram
  • Salju
  • Kesumba

Hanya Satu size:

  • Free Size
FATIMAH KURUNG

Helaian ini merupakan satu-satunya rekaan yang beralaskan perincian ‘scallop’. Bagi pencinta kurung moden klasik, busana ini sangat anggun dipakai di pagi raya. Sesuai dipadankan bersama selendang di bahu sebagai penambah seri. Tidak cukup dengan itu, ‘puff shoulder’ juga memberi efek ‘royal & timeless’ kepada si pemakai dan lebih terletak pada badan. Material ‘shantung silk’ menjadi pilihan dengan tekstur kilat mewah yang cukup menggamit pandangan. Ceraian bahagian bawah pula adalah potongan kain lipat batik.

Net: RM249.00

Menawarkan Lima pilihan warna:

  • Nilakandi
  • Kalas
  • Nilangsuka
  • Kirmizi
  • Zamrud

Beserta Lima size berbeza:

  • XS | S | M | L | XL
VANIDA WRAP

Hadir dalam fabrikasi premium satin, rekaan kali ini menampilkan keunikan dari segi siluet dan jatuhan fabrik. Menyuntik elemen moden melalui teknik ‘ribbon tie’ sebagai pemanis busana yang berpotongan asimetri. Dipadankan dengan ‘skirt’ berpotongan duyung yang ringkas sekaligus melengkapi penampilan si pemakai.

Harga: RM199.00

Menawarkan Enam pilihan warna:

  • Nilakandi
  • Kalas
  • Langking
  • Tanah
  • Dewangga
  • Perunggu

Beserta Lima size berbeza:

  • XS | S | M | L | XL